flash

KENANG-KENANGAN

SG.DUA PUNYA PENANGAN

Kenangan di TV3

The Journey of Sg.Dua comes again

Khamis, 4 Disember 2008

KAYUHAN PERTAMA SELEPAS SEMINGGU CUTI



Pada tanggal 5/12/08 (Khamis malam Jumaat jam 9.30 malam) selepas kemaruk selama seminggu tidak berkayuh kerana hujan (ada hikmah di sebaliknya kerana Allah itu tak buat benda yang sia-sia), kayuhan bermula kembali ke Bukit Lanjan dari Myrasa. Inilah rutin training yang dijalankan setiap minggu. Nampak wajah-wajah yang tak sabar lagi nak perform masing-masing punya stamina yang dah lama tersimpan dek kerana hujan dan masalah-masalah lain. Malam kayuhan ni cuaca alhmadulillah dari mula kayuh sampai balik Allah izinkan pada semua keadaan itu baik dan lancar. Penglibatan biker2 pada malam tu agak sedikit tapi kira oklah (8 orang) yang lain ada yang sakit pinggang, kena jaga kedai, kerja malam dan tak kurang jugak yang dah lama tak nampak muka berkayuh. Kalau nak ikut ramai dah ahli kelab ni tapi yang mana isitqamah yang itulah aje yang ada. Anyway, benda ni tak tunggu seratus orang baru nak mula. Ada sikit mula sikit. Kalau nak tunggu ramai baru nak kayuh alamatnya tak kayuhlah.

Memulakan kayuhan dengan doa dan berbekalkan azam yang tinggi untuk mendaki bukit Damansara Perdana, bukit di perkampungan Bukit Lanjan dan seterusnya, semua biker2 telahpun mempersiapkan jentera TBOLT dengan baik (lampu cateye dipastikan berfungsi dan tayar dipam secukupnya) bagi memastikan cabaran pada malam itu dapat ditempuh dengan sempurna. Syukur pada Allah di sepanjang perjalanan semua jentera TBOLT ok je. Yang tak ok bikernya ajelah kot.

Part biker2 ni agak menarik sikit sebab malam tu semuanya bermula dengan semangat juang yang tinggi tanpa kenal erti kalah. (never say die before u try). Tapi, di pertengahan kayuhan bila mendaki bukit di kawasan Bukit Lanjan tu, ada yang tak larat dan bagai mintak nyawa semula. Apapun tahniah kerana mencuba. Lepas berehat seketika dan bergambar kenangan, kayuhan disambung semula menghala ke perkampungan Sungai Penchala. Ingatkan jalan datar je dah dan takde bukit2 lagi. Tengok-tengok bukit lagi yang didaki. Kira malam tu about 7 jalan berbukit yang dongakannya agak mendatar, semi mendatar dan ada yang terus mendongaklah nak menyampai ke atas tu. Aaa yang tu ramai yang dah rasa tak larat dan ada yang nak muntah kerana first2 kayuh je lepas seminggu tidak menjalani aktiviti berbasikal ni dan2 je terus try bukit mana tak rasa nak muntah. Sampai tu sampai tapi letih dia Masya Allahlah. Apapun keadaan ianya dapat diharungi dan semangat ini perlu dalam diri. Motivasi diri kena mantap kalau tak tentu orang akan perlekeh kita kerana kalah sebelum berjuang. TAHNIAH pada semua.

Kesimpulan kepada kayuhan malam tu, tiada perasaan mengalah dan tak serik pada biker2 yang ada malah katanya hari Ahad ni nak pi RRI untuk cabaran yang lagi dahsyatlah pada mereka kerana berbasikal dalam lading getah dan mendaki bukit yang hanya orang-orang yang beriman je yang dapat naik bukit tu dengan beriktiqad bahawasanya kalau Allah izin naik maka dapatlah naik. Kalau Allah tak izin maka takdelah. Apapun pergantungan dengan Allah jangan dilupakan. Semua yang berbasikal ni adalah orang-orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan: