flash

KENANG-KENANGAN

SG.DUA PUNYA PENANGAN

Kenangan di TV3

The Journey of Sg.Dua comes again

Khamis, 18 Disember 2008

2 Malam Punya Cerita





From Mutiara Damansara to One Utama New Entrance (BU8) and move to Tropicana/Kota Damansara and finish at Mutiara Damansara again itulah yang dapat digambarkan pada kayuhan rutin pada Selasa malam Rabu baru ni (16/12/08). Malam tu ramai jugak biker yang turun berlatih. Jarak keseluruhan latihan malam tu lebih kurang 24KM. Yang point2 berapa tu tak ingatlah pulak. Penyertaan malam tu agak memberangsangkan walaupun ada yang terlewat dan dah lama tak berlatih. Rasa seronok pulak malam tu. Yang dah lama tak berkayuh gian nak berkayuh, yang baru balik dari kampung ada kenduri pun hilang letih bila dapat berkayuh. Cuaca malam tu alhamdulillah cantik dan tak hujan.Syukur pada Allah.

Malam kayuhan ni jgklah first time bawa masuk basikal dalam uptown di kota secarai beramai-ramai. Ingat nak makan kat situ tapi sebab bising sangat takjadi lantas perjalanan disambung semula. Makan tak makan kat Mydina jgk akhirnya.

Malam berikutnya iaitu Khamis malam Jumaat (18/12/08) penyertaan biker-biker agak kurang just 5 orang je. Perjalanannya agak jauh malam tu (Myrasa-Penchala Link-Mont Kiara-KLGCC-Tmn Tun Dr.Ismail-Myrasa). Letih jgk dibuatnya tapi alhamdulillah berjaya. Buang kemaruk dulu-dulu je. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Alah bisa tegal biasa. Di sini dikepilkan gambar-gambar sepanjang tempoh kayuhan tersebut untuk tatapan semua. Harap berpuas hatilah.

Khamis, 4 Disember 2008

KAYUHAN PERTAMA SELEPAS SEMINGGU CUTI



Pada tanggal 5/12/08 (Khamis malam Jumaat jam 9.30 malam) selepas kemaruk selama seminggu tidak berkayuh kerana hujan (ada hikmah di sebaliknya kerana Allah itu tak buat benda yang sia-sia), kayuhan bermula kembali ke Bukit Lanjan dari Myrasa. Inilah rutin training yang dijalankan setiap minggu. Nampak wajah-wajah yang tak sabar lagi nak perform masing-masing punya stamina yang dah lama tersimpan dek kerana hujan dan masalah-masalah lain. Malam kayuhan ni cuaca alhmadulillah dari mula kayuh sampai balik Allah izinkan pada semua keadaan itu baik dan lancar. Penglibatan biker2 pada malam tu agak sedikit tapi kira oklah (8 orang) yang lain ada yang sakit pinggang, kena jaga kedai, kerja malam dan tak kurang jugak yang dah lama tak nampak muka berkayuh. Kalau nak ikut ramai dah ahli kelab ni tapi yang mana isitqamah yang itulah aje yang ada. Anyway, benda ni tak tunggu seratus orang baru nak mula. Ada sikit mula sikit. Kalau nak tunggu ramai baru nak kayuh alamatnya tak kayuhlah.

Memulakan kayuhan dengan doa dan berbekalkan azam yang tinggi untuk mendaki bukit Damansara Perdana, bukit di perkampungan Bukit Lanjan dan seterusnya, semua biker2 telahpun mempersiapkan jentera TBOLT dengan baik (lampu cateye dipastikan berfungsi dan tayar dipam secukupnya) bagi memastikan cabaran pada malam itu dapat ditempuh dengan sempurna. Syukur pada Allah di sepanjang perjalanan semua jentera TBOLT ok je. Yang tak ok bikernya ajelah kot.

Part biker2 ni agak menarik sikit sebab malam tu semuanya bermula dengan semangat juang yang tinggi tanpa kenal erti kalah. (never say die before u try). Tapi, di pertengahan kayuhan bila mendaki bukit di kawasan Bukit Lanjan tu, ada yang tak larat dan bagai mintak nyawa semula. Apapun tahniah kerana mencuba. Lepas berehat seketika dan bergambar kenangan, kayuhan disambung semula menghala ke perkampungan Sungai Penchala. Ingatkan jalan datar je dah dan takde bukit2 lagi. Tengok-tengok bukit lagi yang didaki. Kira malam tu about 7 jalan berbukit yang dongakannya agak mendatar, semi mendatar dan ada yang terus mendongaklah nak menyampai ke atas tu. Aaa yang tu ramai yang dah rasa tak larat dan ada yang nak muntah kerana first2 kayuh je lepas seminggu tidak menjalani aktiviti berbasikal ni dan2 je terus try bukit mana tak rasa nak muntah. Sampai tu sampai tapi letih dia Masya Allahlah. Apapun keadaan ianya dapat diharungi dan semangat ini perlu dalam diri. Motivasi diri kena mantap kalau tak tentu orang akan perlekeh kita kerana kalah sebelum berjuang. TAHNIAH pada semua.

Kesimpulan kepada kayuhan malam tu, tiada perasaan mengalah dan tak serik pada biker2 yang ada malah katanya hari Ahad ni nak pi RRI untuk cabaran yang lagi dahsyatlah pada mereka kerana berbasikal dalam lading getah dan mendaki bukit yang hanya orang-orang yang beriman je yang dapat naik bukit tu dengan beriktiqad bahawasanya kalau Allah izin naik maka dapatlah naik. Kalau Allah tak izin maka takdelah. Apapun pergantungan dengan Allah jangan dilupakan. Semua yang berbasikal ni adalah orang-orang yang beriman. Amin.

Selasa, 2 Disember 2008

BINGKISAN




Ini jelah koleksi gambar yang ada sepanjang kayuhan yang bermula dari syawal sampai ke saat ini. Sebenarnya banyak lagi dan boleh buat slide dah tapi kebanyakan aktiviti yang dijalankan lupe benor nak bawa kamera. Itu yang teman rasa rugi benorlah.


Apapun keadaannya, bak kata pepatah “TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA”. Jadi inilah aje yang dapat dipersembahkan untuk tatapan all bikers.. WE come from ALLAH and BACK to ALLAH (sekadar peringatan untuk sesama kita). Kenangan dalam gambar ni antara lain masa kita mula buat kayuhan pertama ke Mont Kiara dan patah balik ke Mutiara Damansara (siap escort tu dengan motor besar) tapi motor yang dalam gambar ni tak dapat escort tak tahu kenapa.Kata Abg Rizzal (Owner motor ni) bateri dah habis pasal guna mic tak hidup enjin. Yang terbaru tu, gambar ketika buat kayuhan rutin mingguan pada hari Ahad (23/11/08). Pagi tu ramai syahid kerana letih. Kira yang berkayuh pun yang ada dalam gambar tu jelah. Hari tu dapatlah melawat TV3 dan bergambar kenangan di hadapan pintu utama. Abg Mat TV3 yang bawa pun pasal kamera dia tertinggal di office. Kalau tak, tak yah mimpilah nak masuk.Hari tu kami dibawa oleh Abg Mat masuk kat konti HotFM, set WHI dan ruang legar TV3. Bergambar taklah sakan sangat pasal ramai yang takde. Kalau ramai baru best sikit. Hidup ni kalau berjemaah tu nampak strong dia. Kalau sorang2 atau 2, 3 orang tu macam tak best sangat.Takpe lepas ni rancang lain untuk program yang lebih grand lagi. Kalau dapat tu nak pegi jelajah luar dari kl tapi apapun training kena mantap dan konsisten untuk dapatkan stamina yang bagus dan mampu bertahan dengan apa juga bentuk cabaran onroad ataupun offroad. Satu je yang tak boleh ditahan walaupun ada stamina yang mantap, training yang cukup dan latihan yang istiqamah iaitu KEMATIAN. Maka, dengan itu niat kita riadhah untuk ibadah perlu supaya mati kita tidak sia2 bahkan mendapat pahala.Allahummaj 'alna minal mujahidina fi sabilika ya arhamarraahimiina...AMIN