flash

KENANG-KENANGAN

SG.DUA PUNYA PENANGAN

Kenangan di TV3

The Journey of Sg.Dua comes again

Selasa, 25 November 2008

TERKENANG SEMASA DULU


Melihat kepada gambar yang didownloadkan dari sebuah blog basikal ni, teringatlah pulak pada bikers2 yang pernah pergi berbasikal offroad di RRI pada awal-awal kayuhan bermula dulu. Masa tu kira baru first touch je cuba-cuba berani diri try jentera yang bernama Proton T-Bolt. Nak tengok tahan lasak ke tidak. Ternyata MANTAP.

Hari ke RRI tu memang mencabar dan best sangat. Selalu main jalan biasa tp kali ni main jalan ladang getah tahu-tahu jelah jalannya. Hari tu 7 pejuang Surau Mutiara Damansara beranikan diri menyahut cabaran RRI (Ustaz Ikbal, Ustaz Suhaimi, Bang Rizzal, Bang Aidid, Bang Aziz, Bang Hashim dan Irfan).Sedar tak sedar, rupanya lama jugak kami berkayuh dalam lading getah tu. Alhamdulillah tak kena gigit nyamuk. Tapi yang paling best lagi tengok mat pit tgk layan dadah dalam lading getah. Kedatangan kami tempat dia oteng dengan dadah tu tak dihiraukan langsung menandakan dia tengah naik ke bulanlah tu. Anjing menyalak pun buat deeeek je. Terfikir jugak kalau begitulah keadaan seorang hamba Allah yang asyik terhadap KHALIQnya dalam berzikir tanpa menghiraukan orang kan HEBAT. Tp dalam 1000 mungkin ada 1. Yang lain banyak lagha. EMM Istighfarlah kita banyak2.

Part daki bukit kat RRI tu, memang mencabar bangat. Ada yang mampu, separa mampu, dan tak mampu. Bukit dia MASYA ALLAH memang mendongak jelah. Berkata jgk hati ni bila nak sampai ke jalan rata ni. Berpegang kepada prinsip KAYUH LAGI MAMPU, BERHENTI KALAU TAK LARAT maka ada antara kami yang kayuh dan ada yang tolak. Tapi khulasohnya KAMI BERBANGGA kerana kami cuba jgk.

Part akhir, nak katanya RRI : PERJALANAN YANG MEMERLUKAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI TAPI SERONOK. Orang lain pun tak caya oo T-Bolt boleh masuk offroad. Apa diaorang ingat kami ni cikai ke ? kampung sangat ke ? Ooo tengoklah geng mana dulu. Ni geng SURAU. Orang-orang beriman semua. Mudah2an Amiiin. TAMMAT.

Tiada ulasan: